Waktu ini aku asyik mendengar percikan bunyi api menandakan tahun 2011 telah tamat dan tahun 2012 akan memulakan hari-harinya dengan harapan yang baru.
Bagaimana tahun 2011 buat aku?
2011 mempunyai kenangan dan sejarah yang tersendiri. Aku cuba melaluinya dengan baik dan tahun ini aku dapat mencapai beberapa kejayaan yang mengkagumkan buat diri aku. Harapan aku tahun depan untuk menjadi lebih baik daripada tahun 2011 iaitu baru sahaja berakhir 14 minit tadi :)
Pada tahun ini aku ingin menjadi seorang yang berjaya. Terlalu banyak rancangan yang aku telah aturkan dalam hidup aku untuk tahun ini. Aku ingin mencapai setiap itu dengan usaha dan cara aku sendiri. Terus-terang aku tidajk sabar nak melakukannya dan menghadapi cabaran baru yang pelbagai. Aku tahu ada antara cabaran yang sedang menunggu itu sakit buat aku tapi aku dah bersedia sejak awal tahun 2011 lagi :D
Tak percaya? It's ok :)
Kenapa aku kata aku dah bersedia sejak awal tahun 2011? Tahun itu adalah tahun terakhir aku disekolah menengah jadi aku memang tidak sabar untuk menjadi dewasa sepenuhnya kerana seseorang itu akan dewasa pada umur 18. Betul tak? Sebelum umur 18 kita perlukan ibu bapa dalam setiap urusan dan kini aku akan berdikari dan belajar lebih banyak perkara lagi. Aku akan membuat keputusan sendiri. Walaupun selama ini aku memang membuat keputusan sendiri dan bergantung pada diri tapi kini aku lebih yakin kerana aku sudah masuk ke alam dewasa. Aku ingin mencapai setiap satu harapan itu dengan jaya dan membanggakan. Oh! Aku memang tak sabar! Ya Allah! Panjangkan umur ini dan berilah aku rahmatMu ya Allah! Pemudahkan segalanya dan berilah kau kekuatan hati, mental dan fizikal. Hanya Engkau yang tahu tentang perkara akan datang. Aku akan terima setiapnya dengan hati yang terbuka. Kuatkanlah aku ya Allah! Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun hadapan. AMIN! :)
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)