IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Thursday, 12 January 2012

Kenapa Dengan Aku? Tak Akanlah Aku...

Akhirnya EiRa dapat juga Online :) EiRa dah kerja 3 hari dan hari ini EiRa cuti. Ah~ Sumpah bosan cuti walaupun satu hari. Tak cuti lagi bagus :D HAHA!

Kerja macam mana?

Hmm... Ok! Best yang tak terkata. Dalam satu hari dah boleh rapat dengan pekerja yang lain :) EiRa hanya perlukan satu hari pun dah cukup untuk kata EiRa sudah bersedia untuk menjadi pekerja yang baik. Sekarang ini masalah EiRa satu saja. Ingat menu yang nama dia panjang berjela tu.

Sebenarnya EiRa ada lagi satu masalah. Masalah ini EiRa panggil sebagai "Masalah Bangang Sedunia". Sebenarnya benda ini bukan masalah tapi hari ini EiRa terlalu banyak berfikir tentang sesuatu. Sesuatu yang tak sepatutnya berada difikiran EiRa ni. Nak tulis dekat sini takut jadi lebih bodoh daripada selalu pula =.="

EiRa cuma harap Sabtu ini bukan penghujung sajalah. Mungkin EiRa akan sedih. Ah~ Sekarang pun dah boleh rasa kesedihan tu. EiRa sedih sebenarnya sebab dapat cuti hari ini. Jadi maknanya sekarang EiRa cuma ada 2 hari sahaja iaitu Jumaat dan Sabtu tapi EiRa tak harap Sabtu ini penghujungnya. Selama 3 hari EiRa kerja ni EiRa sangat menghargai setiap masa yang EiRa lalui.

Mungkin sebab hal semalam agaknya EiRa jadi macam ni >.< Dan juga mungkin sebab hari ini EiRa cuti jadi EiRa ada banyak masa untuk berfikir.

Maaflah EiRa tak dapat tulis cerita tu sepenuhnya tapi doakan Sabtu ini bukan penghujungnya ya :)
Terima kasih! ^^

I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)