Chef Talk : Just a Introduction :D
Annyeong! ^^
Eira seorang pelajar Culinary Arts di MSU. Tujuan Eira buat page ni untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang boleh Eira kongsikan. Selain itu juga Eira nak kongsi pengalaman yang Eira dapat sepanjang dalam bidang ini.
Kalau ada resepi-resepi yang sesuai untuk dikongsi pasti Eira akan tulis dekat page ini. Nak tahu kenapa Eira minat Seni Kulinari? OK! Ini adalah salah satu soalan yang kerap letcurer tanya masa sesi perkenalan :)
Banyak sebabnya! Eira akan cuba tulis semua dekat sini ya? :) Jadi sila baca dengan penuh kesabaran dan ketenangan :D Hehe!
Masa kecil Eira pernah terfikir nak jadi seorang chef tapi masih belum pasti. Sebabnya ayah Eira seorang Executive Chef. Ayah Eira dalam bidang ni memang dah lama sebelum parents Eira kahwin lagi. Dia orang berjumpa pun sebab bidang ni. Sejak kecil jika ada masa mak Eira akan bawa Eira dan yang lain pergi tempat kerja ayah untuk makan free :D HAHA! Ayah tak pernah masak dekat rumah jadi dengan cara pergi tempat kerja dia sajalah Eira dapat makan masakan dia. Daripada situ Eira berminat dalam Seni Kulinari ni :)
Masa kecil juga Eira suka sangat main masak-masak :) *boleh jadi reason ke? xD*
Sepanjanga Eira membesar menjadi makin dewasa ni Eira banyak tengok orang-orang di luar negara yang kurus kering kerana kelaparan atau tidak cukup makan serta vitamin. Daripada situ juga Eira nak memasak makanan yang sedap serta mengenyangkan tapi murah untuk mereka yang tidak mampu ingin membeli makanan yang sihat dan mengenyangkan.
Eira ni memang dilahirkan sebagai seorang yang kuat berangan jadi sejak kecil setiap kali tengok restoran/cafe yang cantik dekat tv mesti Eira nak reka hiasan cafe sendir. *Eira pernah terfikir nak jadi pereka dalaman* Eira sudah ada lakarannya dalam minda Eira tapi harap maaf ya! Tak boleh dikongsi di sini :D
Sebab yang terakhir ialah Eira suka mengkaji sesuatu dan Eira seorang yang sentiasa ingin tahu. Dengan cara ni Eira dapat tahu kenapa rasanya seperti itu serta macam mana nak buat sesuatu bahan atau makanan tu menjadi seperti ini. Setiap bahan mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu menghasilkan makanan yang unik.
Ini sahaja rasanya yang mampu Eira kongsi dengan semua pembaca yang sudi membaca :)Dapur sentiasa memberi semangat baru kepada Eira.
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)