IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Thursday, 8 November 2012

Aku Percaya!

Setiap masalah yang datang pasti ada hikmah. Sekarang umur aku 18 tahun dan aku sedang belajar untuk menjadi dewasa dan aku tahu untuk menjadi dewasa bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak benda yang perlu aku lalui. Semenjak aku mula belajar ni lebih banyak perkara sukar datang pada aku. Ada perkara aku lalui seorang diri dan ada perkara aku lalui bersama orang lain.

Terlalu banyak yang aku mula belajar.

Kepercayaan.
Tanggungjawab.

Dua perkara tu salah satu daripada apa yang sering aku lalui. Aku terima semuanya dengan gembira :) Ya! Aku mengaku aku selalu stress tapi setiap kali aku ingin masuk ke lembah stress aku akan ingatkan diri aku bahawa ini UJIAN-NYA dan aku akan mula senyum untuk mengelakkan diri aku daripada stress dan Alhamdulillah aku akan mula berfikir secara matang dan positif.

Masih ingat entry aku pasal "tak ambil kisah pasal everything"? Bukan tak nak peduli tapi salah satu cara aku elakkan stress daripada berlaku :)

Ya Allah! Mohonku hanya satu permudahkan urusanku di mana saja aku berada dan dekatkan aku dengan orang yang baik2 dan juga lindungi aku daripada segala jenis bahaya. Amin ^^

I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)