IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Sunday, 18 December 2011

Kemungkinan Aku Gagal Ialah 90%

Adakah title aku ni menunjukkan aku tiada keyakinan diri atau putus asa? Mungkin!


Pada mulanya aku tak sabar nak tunggu untuk hari ini. Aku dah hafal apa yang patut tapi lepas Interview aku jadi tak ada berkeyakinan dan aku mula fikir kenapa aku tak beritahu apa yang ada dalam hati aku? Master beri soalan yang aku boleh jawab dengan baik tapi kenapa aku tipu Master sedangkan aku tak rasa cemas langsung hari ni. Ya! Aku takut nak mengaku kalau aku ada keyakinan untuk mengajar dan buka sekolah sendiri tapi kenapa aku tipu? Kenapa aku kata aku takut dan tidak berkeyakinan sedangkan itu tak wujud dalam hati aku. Aku tak tahu. Masa tu otak aku macam tak berfungsi sehinggaann aku keliru dengan jawapan sendiri. Aku cuba buat yang terbaik dalam category lain tapi mungkin aku terlalu memikirkan pasal Interview tu sampai aku tak boleh berfikir menyebabkan semua tak lancar. Aku dapat mengajar dengan baik selama ni tapi hari ni aku tak mengajar dengan baik. Kenapa? Rasanya arahan yang diberi tak susah malah Kick yang paling mudah tapi... Kenapa?


Master kata result akan diberitahu selepas exam kemudian hari ini Master kata ia akan diberitahu pada 20 Dis dimana Mesyurat untuk Jurulatih akan diadakan. Aku akan terima apa sahaja keputusannya.


Inilah aku! Kurang keyakinan diri dan jika ada satu perkara yang buat aku down satu hari suntuk aku akan down dan apa yang aku buat tak akan berjalan dengan lancar jadi sebab itu aku lebih suka menyendiri dan tenangkan diri kalau tak mudah saja aku rasa marah.


Kalau aku lulus itu hasil usaha aku. Jika aku gagal itu daripada kekurangan aku.


Kelemahan kita adalah kelebihan kita. Hanya kita yang tahu dan jika kita fikir positif malah memberi soalan dan jawapan kepada diri kita, kita akan jumpa kelebihan dalam kelemahan :)
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)