IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Saturday, 17 December 2011

Wu Chun in Happy Ghost: Magic To Win

Hari ini aku dengan Farah (dengan keluarga dia kecuali papa) pergi tengok wayang Magic To Win sebab ada Wu Chun yang berlakon.


Sebenarnya ini bukan apa yang sepatutnya berlaku...


Pada awalnya aku ajak dia teman aku pergi cari kerja lepas tu dia ajak aku tengok. Mastilah aku nak tengok lagi-lagi ada Wu Chun. My Kingdom aku tak dapat tengok (aku tak ingat pun =.="). Sepatutnya aku dengan dia saja yang pergi tapi lepas aku cakap aku tak dapat tengok sebab tak ada duit terus Aiman dengan Athirah nak pergi sebab dia orang memang nak tengok dan teman Farah (rasanya). Hari ini aku fikir nak bawa lappy pergi Brem Mall sebab FanFic tak siap lagi sambil tunggu dia orang habis tengok cerita tu tapi lepas atuk cakap "Atuk bagi duit tengok cerita tu tapi lappy jangan bawa" terus aku setuju :D


Cerita dia macam mana?


Wu Chun sebagai Lin Feng iaitu salah seorang ahli sihir yang ada "Sihir Bumi". Dia seorang ahli akeologi juga. Disebabkan seorang yang ada sihir, "Sihir Api" ingin kumpul 5 elemen sihir untuk kembali ke masa silam dimana ibu bapa dia mati menyebabkan dia perlu meminjam semua elemen itu untuk elakkan daripada kemalangan itu berlaku namun ia tetap tak dapat diubah walaupun dengan menggunakan sihir. Seperti kita tahu, "Tiada siapa yang dapat mengubah takdir". Roh Lin Feng terpisah daripada jasad dia selepas bertarung dengan lelaki itu (aku tak ingat nama dia). Dalam masa yang sama orang yang ada sihir, "Sihir Air" iaitu yang paling tua (Prof Kang) telah terlanggar pelajarnya iaitu Macy (rasanya) menyebabkan kuasa sihirnya berpindah kepada gadis itu. Hanya orang yang ada sihir sahaja yang dapat melihat Lin Feng. Ceritanya terlalu panjang untuk ditulis :D Kesimpulannya, mereka semua hidup dengan gembira dan sentiasa mempunyai hubungan yang baik serta saling menyokong antara satu sama lain. Prof Kang dan Lin Feng masing-masing telah dapat semula sihir dan roh telah kembali ke dalam jasad.


Nak tahu lagi satu ceita?


Kami semua pergi ke Giant untuk seludup makanan lepas tu kita orang terus bergegas ke pawagam semula. Mulanya kami fikir dah ramai yang ada rupa-rupanya daripada mula cerita sampai akhir kami berlima saja yang tengok. Jadi kami pun buat macam pawagam tu kami punya :D Duduk sesuka hati sahaja!


Oh ya! Ini cerita cina. Kalau nak tahu lebih lanjut tengoklah ya. Anyway, favourite aku dalam filem ni Wu Chun dengan Prof Kang tapi aku tak tahu nama betul dia sampai sekarang :D
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)