IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Friday, 16 December 2011

Aku Masih Sukakan Dia Ke?

Tadi hati aku tergerak nak buat "Test Mengenal Diri" kemudian aku terjumpa satu test yang buat aku teruja nak tahu apa jawapannya.


Mungkin ada nama Jun Hyung dan Gi Kwang yang aku letak buat aku rasa jawapan tu kelakar dan mustahil.


Tiba-tiba...


Silap aku ke letak nama dia?


Aku tak sangka jawapan untuk "Lelaki Yang Aku Cintai" ialah nama dia. WAIT! Aku cintakan dia ke? Yuks! Gelinya nak cakap cinta. Apa itu cinta? Aku suka dia saja. Ah~ Aku masih mentah nak cakap tentang CINTA.


Aku tak tahu kenapa semenjak aku habis SPM ni aku asyik fikir pasal dia and pasal aku nak confess atau tak.


Terus-terang aku katakan... Kalau perasaan ini ialah petunjuk daripada ALLAH, aku akan confess pada dia TAPI kalau ini hanya mainan syaitan atau kata-kata hati aku saja, aku takkan confess.


Pada aku tak ada istilah "perigi mencari timba". Bukan ke manusia itu disuruh Allah untuk berusaha? Hmm... Mungkin ke aku salah guna istilah? Hee~^^


Biarlah masa yang menentukan. Inilah antara kelemahan aku. TIDAK TETAP PENDIRIAN! Aku suka tipu diri aku kalau aku dah lupakan dia dan aku dah tak suka dia tapi kenapa dia masih dalam fikiran aku?


Hanya ALLAH yang tahu. Aku terima apa sahaja ketentuannya. Macam aku selalu cakap, "Keputusan kita yang menentukan takdir kita :)".
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)