Aku akan memulakan dunia kolej dengan cabaran, impian dan azam baru!
Inilah hidup! Kita perlukan perubahan. Ya! Hijrah. Tak ada lagi uniform sekolah, buku yang banyak, nasi lemak kantin kegemaranku dan guru-guru kesayanganku. Aku akan rindukan semuanya. Setiap kenangan sekolahku walaupun ada yang pahit tetap akan aku ingat kerana setiap kenangan itu adalah pengalaman berharga buat aku. Setiap pengalaman itu adalah ilmu yang tidak ternilainya buat aku.
Bittersweet Shool Life! ^^
Semua ini mendewasakan aku. Kata Atuk, "Dekat universiti dan tempat kerja nanti Syahirah akan jumpa lebih ramai orang dan kerenah". Betul kata Atuk! Sepanjang pengalaman sekolah aku selama 12 tahun ini aku jumpa pelbagai jenis orang. Selama ini juga aku tidak berhenti mencari kawan yang ingin aku jadikan kawan dunia akhirat. Tapi ia sangat sukar untuk dicari. Semoga aku dapat berjumpanya! Tapi kawan yang ada di kiri dan kanan aku ini tidak akan aku tinggalkan. Insya Allah!
Alhamdulillah!
Sekolah memang banyak memberi pengalaman berharga buat aku. Aku bersyukur kerana Allah sering lindungi aku daripada melakukan perkara yang tidak baik dan aku bersyukur kerana aku sangat cerewet memilih kawan. Dunia kolej akan ada lebih banyak cabaran. Semoga Alllah terus melindungi aku!
Amin!
Tidak lama lagi aku akan mulakan alam pekerjaan semula sebelum melangkah ke kolej. Aku berazam untuk buat yang terbaik dalam kehidupan akan datang. Takdir tidak dapat dubah namun setiap keputusan yang kita ambil itu adalah takdir kita. Jadi janganlah sering menyalahkan takdir ya? :)
Buat yang terbaik dalam hidup! 아자!아자!파이팅! XD