IMPORTANT NEWS ! ! ^O^

Hey there ! Follow my IGShop @jesterwardrobe ya \^O^/
Instagram

Friday 11 April 2014

Alhamdulillah Once Again , Ya Allah !

Alhamdulillah , Ya Allah untuk kehidupan yang penuh kebahagian dan ketenangan ini :)

Sungguh aku tak sangka keputusan berhenti belajar dan berhenti bekerja dengan orang ni membawa 1001 kebahagian dan kegembiraan . Pertama kali dalam hidup aku sejak aku mula bekerja masa umur 15 tahun inilah satu-satunya pekerjaan yang memberi aku rasa bahagia dan sentiasa tersenyum ikhlas :')

Berniaga sesuatu yang aku minat dan suka , kemudian berkongsi dengan mereka yang suka apa aku suka sangat menggembirakan :) Terima kasih Allah kurniakan ramai penyokong , peminat dan mereka yang suka akan kami :)

Pertama kali aku rasa keikhlasan dalam bekerja dan dalam melayan pelanggan :) Sebelum ni aku lakukan kerana terpaksa ! Sebab kalau aku tak buat aku tak ada gaji maknanya tak ada duit untuk hidup .

Terima kasih kerana kau beri aku 2 tahun kehidupan di Shah Alam . Ya ! Mungkin pada mata kasar orang , aku hanya buang masa . Tapi bila diimbas balik setiap detik tu , Allah hanya nak beri aku ilmu dalam mengenali hati budi dan perangai pelbagai ragam manusia . Alhamdulillah ! Ya 2 tahun sangat singkat tapi cukup untuk aku belajar dan belajar :)

Terima kasih , Allah untuk kehidupan bermakna ini :)
I'm Outta Control! Always as Jester940627 :)